YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 16 July 2013

tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
tulus 'tuk mencintaimu
semua kerana dirimu ku berubah
hidup kini penuh dengan senyuman

oh sayang datanglah
ku inginkan dirimu
dekatlah padaku
ku rindukan pelukmu

terima kasih atas segalanya
yang telah kau beri amatku hargai
semua ku simpan di dalam hati
penuh riang tawa mesra
terus terukir di hati

siapa sangka kan bahagia
bila dulu pernah duka
cinta datang tak diduga
bawa hingga syurga
mungkin kita pernah rasa tentang cinta
yang takdirnya bukan untuk kita
mungkin ini adalah cara meluah cinta
tanpa berkata atau berpandang mata

mungkin aku mencintaimu
walaupun engkau tak pernah tahu
mungkin aku mencintaimu
tanpa lelah ataupun jemu

i'm sorry but i love you
i'm sorry if i miss you
even if i can't have you
you know i'll always be there for you

mungkin kita tak bersama itu takdirnya
tak mengapa asal kau bahagia

biar aku mencintaimu
biar tiada siapa yang tahu
biar aku mencintaimu
dalam diam ataupun bisu

#3

Assalamualaikum

rindu tak pernah dapat dibendung. kalau datang bulan, lagi menjadi jadi. Allahu. sakitnya dada menahan perasaan. sama ada masih sayang atau tidak, aku sendiri tak pasti. sejak kebelakangan ni, hanya dia yang di mata di minda dan di hati. walaupun masing masing dah bawa diri. alhamdulillah bahagia dah aku temui. setelah dua tahun membuang masa dan air mata menunggu yang tak pasti, yang aku tahu takkan menoleh lagi.

tak pernah diminta nak merindui sebegini hebat. dah cuba nak sibukkan diri dan buat buat tak layan dengan hati yang mengada ngada ni. tapi hati ni memang jenis yang susah nak dikawal agaknya. sebelum tidur, tak ada lain yang nak diingat. mesti memori indah sepanjang bersama yang menjadi pilihan. sama ada memori indah itu membuatkan aku tersenyum ataupun menangis bodoh. maafkan aku, aku terlalu rindu.

dengan adanya penyu pemberiannya atas katil ni, lagi lah susah. nak buang, sayang. sebab ini satu satunya pemberiannya yang aku masih simpan. dah dua tahun berlalu. aku tak pasti apa sebenarnya hati aku nak. contact dia? takkan sama sekali dah. aku ada hati yang perlu dijaga. dia lebih penting daripada yang dirindui tu. tapi hati ni, kenapa susah sangat nak dikawal? sedih dia kalau dia dapat tahu. maafkan saya, awak. saya tak mintak jadi macam ni.

tapi sampai bila? sampai bila nak bodohkan diri? biar lah. yang lepas aku redha. aku redha kami dah tak ada jodoh. biar lah kami kekal sebagai sahabat. sahabat yang pernah bercinta. sahabat yang pernah ada kenangan paling indah dalam hidup aku. terima kasih, sebab kau dah jadi sebahagian daripada hidup aku. mungkin susah aku nak lupakan kau. memang mustahil kalau kau pun mintak aku lupakan semuanya. sebab aku masih ingat setiap inci tentang kau, tentang kita. tapi aku janji aku diamkan diri. aku janji aku takkan ungkit. aku janji benda ni sampai sini je. aku takkan bukak mulut. kalau rindu, aku pendam. aku doa kau bahagia daripada jauh. aku harap kau pun sama. terima kasih, cinta pertama. 3 tahun bersama kau terlalu bermakna. mengajar aku segalanya. kau terlalu istimewa untuk dilupakan.

untuk awak pulak. saya janji, yang lepas biar lah lepas. saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak. hati ni saya serahkan pada awak mulai saat ini. moga bahagia sampai bila bila. moga batasan kita terjaga sehingga Allah mengizinkan kita untuk menjadi yang halal. kalau ada jodoh, saya takkan tolak. kita hanya mampu merancang dan berdoa, tapi Allah yang menentukan. terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. terima kasih untuk sinar yang baru. terima kasih untuk keikhlasan hati. terima kasih.

#2

Assalamualaikum

alhamdulillah. selesai minggu pertama di bulan Ramadhan. semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna daripada Ramadhan yang sebelumnya. insyaAllah. semoga Ramadhan ini menjadi medan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. insya Allah.

tapi ingat. berubah demi Tuhan kepada bulan Ramadhan, bukan demi bulan Ramadhan. semoga istiqamah walaupun habis bulan Ramadhan nanti. aamiin aamiin ya Rabbal alamin. biar Ramadhan ini menjadi permulaan, bukan percubaan. siapa tahu kita sempat ataupun tidak ke bulan Ramadhan seterusnya. Allahu :'(

terlalu banyak aku pelajari sepanjang semester baru ini. aku nekad untuk berubah, menuju ke arah yang lebih baik, lebih diredhai Allah. biar mereka kata aku riak, aku pekakkan telinga. sebab aku tahu niat aku, Allah tahu niat aku. mulut manusia sentiasa berbisa. tak pernah boleh ditutup. su'udzhon berleluasa. aku doakan moga Allah sucikan hati mereka daripada su'udzhon.

setiap langkah dimulakan dengan Bismillah. moga kaki ini sentiasa melangkah di bawah naungan rahmatNya. moga setiap perbuatanku sentiasa diredhaiNya. aku malu denganNya. saban hari 5 kali aku "bertemu janji", malah aku berikrar perkara yang sama untuk taat dan mematuhiNya. masih lagi banyak dosa yang aku lakukan.

benar, kita manusia biasa yang bukan maksum. bukan malaikat. kita diciptakan Allah untuk sentiasa melakukan kesilapan. kerana Allah mahu kita sentiasa bertaubat dan mendekatiNya. sedarkah kita? tepuk dada tanya iman. untuk membina taqwa dalam diri, usaha perlu ada. perlu khusyuk dalam solat, perlu istiqamah melakukan amal soleh, per konsisten membaca al-Quran. tidak ada taqwa kalau kita tak merasa kewujudan Allah. kita semua sama saja di mata Allah, yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa. ayuhlah bina taqwa dalam diri. insya Allah.

#1

Assalamualaikum

bukan mudah menjaga hati manusia. kekadang kita terlalu menjaga sampaikan hati sendiri tak terjaga. sakit kita hanya Allah yang tau. tersepit di antara dua. mengikut rentak orang lain ataupun mementingkan diri sendiri? masya Allah. hanya Kau tempatku mengadu.

maaf kawan kawan. demi menjaga hati sendiri dan menutup mulut orang sekeliling, akaun lama terpaksa dibuang terus tanpa jejak. banyak kata kata kesat yang diterima. mungkin orang boleh cakap, sabar nadya sabar. terlalu lama aku bersabar sampaikan hati ni dah terlalu sakit nak menahan. akhirnya kata putus dibuat, aku padamkan saja semuanya. biar mereka kata aku lemah, biar mereka kata aku bodoh. tapi aku buat untuk mereka, untuk puaskan hati mereka. yang ini insya Allah lebih private.
Copyright by ZahiratulNadyah