YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 16 July 2013

#2

Assalamualaikum

alhamdulillah. selesai minggu pertama di bulan Ramadhan. semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna daripada Ramadhan yang sebelumnya. insyaAllah. semoga Ramadhan ini menjadi medan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. insya Allah.

tapi ingat. berubah demi Tuhan kepada bulan Ramadhan, bukan demi bulan Ramadhan. semoga istiqamah walaupun habis bulan Ramadhan nanti. aamiin aamiin ya Rabbal alamin. biar Ramadhan ini menjadi permulaan, bukan percubaan. siapa tahu kita sempat ataupun tidak ke bulan Ramadhan seterusnya. Allahu :'(

terlalu banyak aku pelajari sepanjang semester baru ini. aku nekad untuk berubah, menuju ke arah yang lebih baik, lebih diredhai Allah. biar mereka kata aku riak, aku pekakkan telinga. sebab aku tahu niat aku, Allah tahu niat aku. mulut manusia sentiasa berbisa. tak pernah boleh ditutup. su'udzhon berleluasa. aku doakan moga Allah sucikan hati mereka daripada su'udzhon.

setiap langkah dimulakan dengan Bismillah. moga kaki ini sentiasa melangkah di bawah naungan rahmatNya. moga setiap perbuatanku sentiasa diredhaiNya. aku malu denganNya. saban hari 5 kali aku "bertemu janji", malah aku berikrar perkara yang sama untuk taat dan mematuhiNya. masih lagi banyak dosa yang aku lakukan.

benar, kita manusia biasa yang bukan maksum. bukan malaikat. kita diciptakan Allah untuk sentiasa melakukan kesilapan. kerana Allah mahu kita sentiasa bertaubat dan mendekatiNya. sedarkah kita? tepuk dada tanya iman. untuk membina taqwa dalam diri, usaha perlu ada. perlu khusyuk dalam solat, perlu istiqamah melakukan amal soleh, per konsisten membaca al-Quran. tidak ada taqwa kalau kita tak merasa kewujudan Allah. kita semua sama saja di mata Allah, yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa. ayuhlah bina taqwa dalam diri. insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Copyright by ZahiratulNadyah